Bermula Cuti Sem

Assalamualaikum ,

Alhamdulillah cuti sem ku pun sudah bermula , semuanya dalam keadaan baik dan oke sebelum pulang ke kampung halaman. Plan cuti sem nie simple je nak ronda kelate and keluar dgn kawan-2 yg mana cuti and yg ada kat kampung ini. Rare jugak aku semalam sampai pagi semalam , pagi tu terus keluar teman abah pegi hantar dia punya motor masuk workshop. Haha . Best wei dah lama tak bawak motor katakan memang laju tahap apa bawak . Petang pun keluar dgn kawan, Damn rindu sangat. Oke cuti nie memang aku nak manfaatkan betul-2 tak mau lepaskan peluang lansung. Takkan. Haha . Agak terkilan semalam pegi makan kat tempat biasa aku makan boleh dia kata aku semakin gemok. Makk aii sadis pedih hati ku tapi aku pun macam tu actually semakin kembang sikit. Biasalah agak stress dekat sana dengan final projeknya . Haish . Sabar jelaaa mampu. Senior pon pesan cuti puas-2 lepas nie nak balik kampung pun tak sempat . 



Bangun pagi ini seperti biasa buat kerja-2 rumah apa yg patut, kesian dekat mak aku dah nak masuk 8bulan dah dia mengandung . Oh tak sabarnya nak dapat adik baru . i hope boy . Hee . In shaa Allah semuanya akan selamat nanti . Aminn . Cuti sem ini ingat nak berlatih sikit adobe photohop bagai tuh . Masuk Sem 2 semua dah pakai benda tu , aku dah la lama tak main benda alah tu . Ish keep calm good luck for me next sem . Excited yg amat kot balik rumah semalam. Haha . Rindu yg amat dekat parents , adik semua . Memang gelak je dgn diorang sampai malam kalau boleh nak spend time dgn diorang semua . Selalu whatsapp je hari-2 . Jadual agak padat kawan-2 ku semua dah booking nak hang. Kat johor berapa kali je aku hang tak sempat bhai assignment final projek lagi nak makan pun tak sempat . Tapi lepas settle final projek fokus final exam , time lepas tu laa nafsu makan aku membuak-2 but aku happy dapat makan banyak dah lama tak menggila dgn makanan nie. Kat johor makanan dia tak sama dgn Kelantan . I miss makanan more , makanan tempat aku sedap . Haha . Sorry JDT . 



Alhamdulillah setakat aku kat sana Sem 1 semuanya oke sampai jumpa Crush.Dekat-2 nak habis Sem timbul moment sweet di antara aku dgn En H . Haha . Hanya crush jelaa mampu . Suka dalam diam . Tapi dia tengah final lagi, dah cakap kalau dia dah balik nak jumpa , kalau berkesempatan nak sangat jumpa dia. Ya Allah pertemukan dgn En ustaz itu . Haha . Barulah cuti sem yg sweet gitu . Lepas tu jumpa lagi dekat PIS nanti . Haha . Serius agak rindu moment dekat asrama HT3 aku tuh , last jumpa roommate aku agak sedih bhai , sem 2 dia rumah sewa lain aku lain. Hope kitorang tak terputus hubungan. Will miss budak N9 itu . Agak sedih sebelom nak balik , macam-2 babak sedih pun ada kawan-2 aku rasa sebak pun ada . Takpe korang jumpa Sem 2 k . Hehe . Okelah aku mau sambung kerja rumah . In shaa Allah panjang umurku akan ku update lagi ini blog . Salam sayang . :))

Beraya di Perantauan .

Assalamualaikum,

Topik kita hari ini agak sebak sedih semua adalah kan, gila tak sedih for the first time beraya kat negeri orang sekali dengan parents takpelaa nie aku dengan member je gila kau tak sedih. Umurku yang baru setahun jagung baru 18tahun kot still muda kan ? kan? Haha. Berbalik kepada topik kita raya haji tahun ini tidak dapat berpeluang beraya dekat Klate. Kalau dekat Klate raya haji lah paling meriah tau . Tapi apakan daya tak dapat atas sebab yg memang tak boleh dielakkan. Kasi cuti sehari je so aku dari johor dah ambik masa 12 jam so acane tuh ? Lepastu Lecturer takleh nak kautim nak jugak adakan kelas . Apa lah nasib badan jealous tau dgn budak kelas lain boleh je balek awal ada tu kasi cuti seminggu kot. Haihhh . Asyik mengeluh je aku sampai hari ini. Mak abah pun cakap takpelah dah nak buat mcm mana takleh balek, just siapkan assignment. Tak lama dan nak cuti sem . I want back home mom ! Tapi nasib baik mak aku faham. So kepada sesiapa yg rumah dekat untungla dapat balik and manfaatkan masa yg ada. Selamat Hari Raya Aidiladha @ Selamat Hari Raya Korban. 


Oke berbalik kepada PIS , of coz sunyi sepi. Sebelum hari ketiga habis kelas pon dah  krik-2 aku punya asrama memang semangat gila balik. Bak kata lecturer " korang bawak je balik assignment sampai kampung pun aku comfirm bukannya buat last-2 buat dekat asrama jugak " Bagus lecturer aku kan sangat memahami. Aku sendiri pun tak sentuh lagi. Rare kan? Haha . Takpe nanti kita buat k . Haha . Pagi raya perkara nak buat call parents, comfirm menitis air mata ma. Huawaaa. Sokay! aku kuat. Heheh. Tak sabar nak cuti sem , nak balik Klate and ronda satu KB tu. Waaa tak sabar ! cepatkanlh masa. Cepatlah exammm and lepaskan aku and kita jumpa Sem 2. Cepatttttt ! haha . Sebelum aku punya entry semakin melalot lebih baik aku stop ! Oke cau. Salam . ;)

Bermula Hidupku Di PIS

Assalamualaikum,

Alhamdulillah aku masih bernafas hari ini and dapat meneruskan hidup . Sudah banyak bulan aku tak post aku punya blog rindu sangat nak kembali menaip serius masa tidak mengizinkan aku . Kali terakhir aku post sebelum keluar keputusan UPU berbulan-bulan yg lepas . Oke berbalik kepada UPU hari tu Alhamdulillah keputusan aku dapat menyampung pengajian di POLITEKNIK PRIMIER IBRAHIM SULTAN , JOHOR BHARU . So aku pergi tak ? Mesti aku pergi walaupun perjalanan dari Kelantan ke Johor ambil masa 12 jam. Aku dapat kos Diploma Graphic Design. Benda nie yg memang aku minat dan memang aku ada mohon. Aku kemasukan Jun hari tu. Bersyukur tak terkata .


Aku anak sulong, of coz my mum and dad excited dapat tahu anak dia dapat sambung pengajian di ipta. Ibu bapa mana yg tak happy right? Aku first hari tu semangat gila nak pergi apabila jejak kaki kat sini perasaan berdebar sayu sedih semua ada. Pada hari pendaftaran oke lagi time mak abah aku hantar pegi dekat kolej kediaman dia aku mula rasa sebak dan ingin menangis. Lagi sebak apabila aku tengok mak aku muka dah sayu dan air mata mula membasahi pipi dia. Pesan mak "Belajar elok-elok kuatkan semangat, solat jangan pernah tinggal" I miss my mum . :(

Takleh ingat time tu mesti rasa sebak dan nangis .

Aku disini alhamdulillah dapat roommate yg perangai cam aku jugak and kawan kat sini pon oke drpd pelusuk negeri.Macam-2 loghat and macam-2 kerenah dan menceriakan lagi keadaan. Suka tengok diorang . Yg aku rapat kat sini dengan orang selangor and perlis je . Yg kelantan kelas aku tak ramai. Kelas aku ramai selangor and johor. Aku kat sini jujur agak serabut sebab assignment berlambak nak horey2 pun tak sempat . Budak-2 jabatan laen takdelha banyak sangat assignment tapi diorang banyak exam. Kitaorang tak sangat tapi assignment memang banyak.Kita orang kat sini dah biasa barang kena reject apa semua dgn lecturer . Dah menjadi kebiasan. Abah aku pesan tak mengapa kita buat lagi . Practice make perfect.



Time cuti raya hari tu aku balik serius happy sangat boleh balik . Gila tak happy cutiku 5 hari je tak best . Huawaaaaa :( and balik sini balik stress assignment semakin hari semakin banyak kot. Pening kepala dah nak fikir. Aku kat sini memang tidor lambat je. time cuti je kalau berpeluang tidor awal. Biasalaa adat study kan. Takk sabar nak cuti sem. Penat + letih nak siap p breakfast and nak buat assignment . Malasnya . Assalamualaikum . :)