Perubahan

Assalamualaikum 

Sudah sekian lama blog ini tidak disentuh dapat jugak lah update sedikit sebanyak yang mampu. Rindu nak menaip menulis balik luahan hati ni sebenarnya cuma masa tak mengizinkan. Kebetulan dengan line internet yg agak laju plus tak mengantuk selepas solat subuh tadi terus bukak laptop and tiba tiba terfikir pasal blog. Actually sekarang tengah cuti sem, sem baru nanti sem 3 dah budak kecik nie. Seriously malas nak balik joho nie sebab bila dan sampai sana banyak lah dugaan cobaan ujian stress semua adalah. Tapi rindu jugak kat kawan kawan yg study sana classmate apa semua. So sebelum aku mulai busy lagi lepas nie mari teruskan cerita kita. 

Kali nie tajuk kita perubahan, okay perubahan nie banyak ke arah kebaikan ataupun keburukan. Dari pandai jadi cerdik, dari malas jadi rajin, dari jahat jadi baik dan sebagainya. Sebab perubahan ni umum ya anak anak. Haha Bajet pulak aku nie. Al maklumlah sudah sekian lama tak gila gila macam nie. Kadang kadang datang tau perasaan ingin berubah tapi terpesong jugak sebab iman tak cukup kuat. Pernah dulu aku cuba untuk berubah lepas tu kembali balik kepada perangai lama aku. Berbalik pada topik perubahan. Beberapa hari yang lepas mood aku nak cakap sedih tak happy pun tak. Aku sendiri tak tau kenapa dengan aku hari tu. Nak cakap teringat kat kasih hati lah konon mana lah ada single mingle lagi. Tu yg menjadi kebingungan aku suatu hari tu. Keluar ngan member pun aku just diam and asyik blur je tersalah kereta orang, termenung salah jalan selalu jarang macam nie. Tu membuat aku lagi pelik. 

Satu hari duk tengah layan kebingungan nie doklaa main twitter dok usha tengok orang tweet apa semua tiba tiba tersentuh nak baca @tarbiahsentap punya profile baca punya baca rasa tertarik pulak and rupa rupanya dia ada keluarkan buku. Actually aku nie manusia yg malas gila nak membaca aku rela habiskan duit beli makanan yg banyak dari beli buku tau. Pada suatu hari keluarlah aku dengan member aku nie pergi bank asal usulnya nak buat akaun BSN menyinggahlah kita ke mall asalnya menyinggah tu nak purse baru tapi eh eh terpesong pergi kedai buku buat kali pertama gatal nak masuk kedai buku tu. Masuk je terpampang buku kat bawah nie haa. 

Serious talk memang aku paling bencii buku paling aku suka komik kalau aku baca pun novel lagi lah aku campak jauh jauh. Tiba tiba tergerak hati nie berkata ' Buku nie lah nak beli ke tak eh, takyah lah duit takde nie' Aku pun letak balik pergi jalan depan sikit tengok buku lain. Lagi sekali hati kecilku berkata ' Alah RM25 je pastu beli buku Matlutfi satu RM25 baru RM50' . So dengan pantas tanganku menggapai dua buku tersebut lalu membelinya. Jujur aku nie jahil sangat sebab buku agama macam nie jarang sangat aku nak pandang. Dulu pernah beli buku ustaz azhar tu pon tak baca habis ada lagi satu lupa tajuk pun tak baca. Selepas beli buku tabiah sentap and bacanya jujur menyentapkan jiwa and aku semakin berminat untuk bacanya lagi. Dan dia pun akan keluarkan Tarbiah Sentap 2 tak sabar rasanya nak beli katanya 1 ramadhan nanti. Weih, jujur tak pernah rasa feeling excited macam nie mungkin macam nie lah rasanya mak aku bila dia tahu novel yg dia dok baca online akan keluar buku. 

Tulah antara perubahan aku sejak dua menjak. Aku cuba untuk mencari hidayah Allah sebab aku sedar hidupku tak lama. Kalau boleh aku nak lah jadi anak yg solehah untuk kedua ibu bapaku. Sampai bila aku nak hidup dalam keadaan yg macam takde hala tuju. Sekarang aku nak fokus pada study and nak jadi anak yang baik untuk orang tua ku. Perubahan yg kita inginkan haruslah dikekalkan tabah kan hati bila kena maki kena hina atas perubahan nie. Biarlah apa orang nak kata asalkan kita dapat redha Allah yg paling penting. Sekian sahaja. Wa'wualam.


1 comment:

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini