Masa

Bismillah,

Assalamualaikum, hari demi hari masa berlalu pergi tinggalkan kita sehinggakan aku sendiri tak sempat nak buka blog. Kali terakhir bulan 5 yang lepas sekarang dah bulan 12. Dengan kesibukan study, assignment dan sebagainya. Alhamdulillah aku dah habis semester 3 pada bulan 10 hari tu. Sekarang dah mula latihan industri atau nama kata lain praktikal. Sudah seminggu aku praktikal kat sini, setakat nie semua okay lagi lah harap okay sampai kesudah.

Sungguh cepat masa berlalu, aku baru je rasanya masuk poli dan LI sekarang, habis LI masuk poli balik teruskan 2 sem lagi yang masih berbaki iaitu sem 5 dan sem 6. Bila habis tamatlah pengajian diplomaku. Jika masa menginzinkan akan ku sambung ijazah jika ada rezeki untuk menimba ilmu selagi masa masih ada. Kadang kita tak sedar masa ini bukan selalunya akan ada untuk kita sebaliknya kita yang mencari masa untuk sesuatu perkara.

Tak dapat ku bayangkan bila tiba masa semua ini akan berakhir dan ketika itu nafas ku terhenti. Aku hanya berharap dan berdoa padaNya supaya memberi aku masa untuk aku mengubah apa yang salah dalam diri aku ini. Ada sesetengah orang tak menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya, ingatlah bila masamu sudah tiada menyesal pun tiada berguna.

No comments: